Pada 19 Disember 2009 telah diadakan peperiksaan semester. Kali ini peperiksaan amat sukar untuk dilalui. Demi perjuangan terpaksa diteruskan. Ingat pesan tokoh jika takut penanggung resiko usah bicara perjuagan. Walaupun menghadapi kekangan masa yang ketat iaitu menyiapkan tugasan menanda kertas SPM, mengawas peperiksaan kami telah lakui dengan tenang. Terima kasih kepada rakan seperjuangan, para pensyarah dan tidak juga ketinggalan keluarga tercinta yang banyak berkorban.
Cuti sekolah yang panjang tidak bermakna bagi kami. Tiada ruang masa untuk beriadah. Insyallah akan mendapat hasil pada pertengahan Jualai 2010 nanti.
Thursday, December 24, 2009
Saturday, October 17, 2009
Kuliah Semester Bermula
Bermula pada 9/10 sehingga akhir Disember kuliah sarja akan bermula. Untuk semester ini kuliah Kajian Terjemahan akan disampaikan oleh Dr. Syarifah Fazliyaton dan Analisis Wacana akan disampaikan oleh Cik Rohizah. Kedua-duanya dari UUM. Sebelum ini kami telah menghadiri kolokium di UUM sintok Kedah. Kuliah pada kali ini agak berat sedikit kerana terdapat unsur-unsur baru yang tidak terdapat dalam kursus peringkat sarjana muda dulu. Namun demi memburu ilmu kami akan meneruskan sehingga ketitisan darah terakhir. Diharapkan semua rakan akan teruskan perjuangan," Jika takut menanggung risiko usah bicara soal perjuangan.
Monday, October 5, 2009
Kolokium bahasa di UUM
Bertempat di Dewan Gugusan FTM kolokiam bahasa telah diadakan pada 3 Oktober 2009. Antara pembentang ketas kerja tersebut ialah Dr. Munif Zarirrudin dengan tajuk ' Penulisan Ilmiah Meluaskan Kepustakaan Melayu' , Prof Madya Dr. Hasnah Ibrahim 'Menajam Kalam: Srategi Penulisan Berkesan dan Dr. Isha Awang- ' Pentataksiran Pembelajaran Berkesan' dari Bidang Pengajian Pendidikan UUM.
Kami telah bertolak secara berkonvoi dari Kota Bharu. Kami di tempatkan di Kampus Al- Bukhari secara berkumpulan. Terdapat juga sebilangan peserta yang tinggal di hotel berhampiran kerana agak kurang selesa. Walau bagaimanapun kolokium itu berjaya dilaksanakan.
Kebetulan kolokium ini diadakan sempena majlis konvo ke-22 dan kami dapat merasai suasa tersebut buat kali kedua walaupun tidak memakai jubah. Insyaallah tahun depan kami dapat merasai suasana yang realistik. Memandangkan kolokium ini diadakan pada bulan syawal penganjur sempat mengadakan sambutan hari raya dan kami dapat berkenal-kenalan antara pelajar sarjana KB dengan sarjana UUM di samping pensyarah yang telah memberikan ilmu dan yang akan memberikan ilmu.
Keesokan harinya kami terpaksa menajalankan rutin kami. Walaupun dalam keadaan letih kami merasa teruja demi memburu ilmu.
Kami telah bertolak secara berkonvoi dari Kota Bharu. Kami di tempatkan di Kampus Al- Bukhari secara berkumpulan. Terdapat juga sebilangan peserta yang tinggal di hotel berhampiran kerana agak kurang selesa. Walau bagaimanapun kolokium itu berjaya dilaksanakan.
Kebetulan kolokium ini diadakan sempena majlis konvo ke-22 dan kami dapat merasai suasa tersebut buat kali kedua walaupun tidak memakai jubah. Insyaallah tahun depan kami dapat merasai suasana yang realistik. Memandangkan kolokium ini diadakan pada bulan syawal penganjur sempat mengadakan sambutan hari raya dan kami dapat berkenal-kenalan antara pelajar sarjana KB dengan sarjana UUM di samping pensyarah yang telah memberikan ilmu dan yang akan memberikan ilmu.
Keesokan harinya kami terpaksa menajalankan rutin kami. Walaupun dalam keadaan letih kami merasa teruja demi memburu ilmu.
Friday, September 11, 2009
GURINDAM APC
Jika dinilai berdasarkan kroni,
Protes senyap akan menanti.
Jika setahun jagung sudah dapat,
Di belakang nanti orang mengumpat.
Jika dinilai berdasarkan gred,
Takut nanti ada yang menjerit.
Jika dinilai berdasarkan dendam,
Semangat naik mula padam.
Jika dinilai secara sembarangan,
Orang malas nak beri cadangan.
Jika dinilai tidak tepat,
Takut nanti malas nak beri pendapat
Jika dinilai ikut terlintas,
Nanti yang nak dapat, suka kipas.
Jika dinilai berdasarkan lobi,
Berita tersebar di kedai kopi.
Jika dinilai berdasarkan perasaan,
Macam-macam boleh beri alasan,
Aku bekerja dengan ikhlas,
Insyaallah tuhan akan balas.
Jika dinilai berdasakan malu mata,
Di belakang nanti orang mengata
Puas sudah menanam padi,
Nanas juga dipandang orang,
Banyak sudah menabur bakti,
APC juga dikebas orang.
Protes senyap akan menanti.
Jika setahun jagung sudah dapat,
Di belakang nanti orang mengumpat.
Jika dinilai berdasarkan gred,
Takut nanti ada yang menjerit.
Jika dinilai berdasarkan dendam,
Semangat naik mula padam.
Jika dinilai secara sembarangan,
Orang malas nak beri cadangan.
Jika dinilai tidak tepat,
Takut nanti malas nak beri pendapat
Jika dinilai ikut terlintas,
Nanti yang nak dapat, suka kipas.
Jika dinilai berdasarkan lobi,
Berita tersebar di kedai kopi.
Jika dinilai berdasarkan perasaan,
Macam-macam boleh beri alasan,
Aku bekerja dengan ikhlas,
Insyaallah tuhan akan balas.
Jika dinilai berdasakan malu mata,
Di belakang nanti orang mengata
Puas sudah menanam padi,
Nanas juga dipandang orang,
Banyak sudah menabur bakti,
APC juga dikebas orang.
Sunday, September 6, 2009
UJIAN SARJANA
Pada 4 dan 5 September bertempat di Dewan Poly Tech Mara Kota Baharu peserta kohort 1 dan 2 telah menjalani peperiksaan semester. Dalam ujan tersebut para bakal sarjana telah bertungkus lumus memerah otak bagi menjawab soalan yang disediakan. Soalan yang sangat mencabar dan sesuai dengan tahap kesarjanaan mereka.
Diharapkan semua peserta akan memperoleh kejayaan cemerlang. Insyaallah. Kepada para pensyarah luahan ilmu anda sangat-sangat kami hargai.
Diharapkan semua peserta akan memperoleh kejayaan cemerlang. Insyaallah. Kepada para pensyarah luahan ilmu anda sangat-sangat kami hargai.
TEMA HARI KEBANGSAAN MALAYSIA
1970 - Muhibah dan perpaduan 1971 - Masyarakat Progresif 1972 - Masyarakat Adil 1973 - Masyarakat Kebudayan Malaysia 1974 - Sains dan Teknologi Alat Perpaduan 1975 - Masyarakat Berdikari 1976 - Ketahanan Rakyat 1977 - 20 Tahun Bersatu Maju 1978 - Kebudayaan Seni Peraduan 1979 - Bersatu Berdisiplin 1980 - Berdisiplin Berbakti 1981 - Berdisiplin Berharmoni 1982 - Berdisiplin Giat Maju 1983 - Bersama ke Arah Kemajuan 1984 - Amanah Asas Kejayan 1985 - Nasionalisme Teras Kemajuan 1986 - Bangsa Tegas Negara Tegh 1987 - Setia Bersatu Negara Maju 1988 - Bersatu 1989 - Bersatu 1990 - Berjaya 1991 - Wawasan 2020 1992 - Wawasan Asasa Kejayan 1993 - Bersatu Menuju Wawasan 1994 - Nilai Murni Jayakan Wawasan 1995 - Jati Diri Penggerak Wawasan
1996 - Budaya Penentu Kecapaian 1997 - Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya 1998 - Negara Kita Tanggungjawab Kita 1999 - Bersatu ke Alaf Baru
2000 - 2006 - Keranamu Malaysia 2007 - Malaysiaku Gemilang
2008 - Perpaduan Teras Kejayaan 2009 - 1 Malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan
Thursday, August 27, 2009
Seminar Bahasa
Tuesday, August 25, 2009
Pada 21 Ogos 2009 bertempat di Dewan Sri Rampaisatu seminar bahasa Melayu kontemporari yang bertemakan Bahasa Melayu : Daripada Ranah ke Domain Globalisasi telah diadakan. Para sarjana telah membentangkan hasil dapatan mengenai isu-isu bahasa Melayu dan kesalahan tatabahasa yang sering dilakukan oleh pelajar. Kajian secara ilmiah telah diadakan an dibentangkan dalam seminar tersebut. Tahniah diucapkan para pembentang.
Friday, August 14, 2009
Thursday, August 13, 2009
Jika takut menanggung risiko jangan bicara soal perjuangan
Dewasa ini banyak peristiwa yang menggiris hati nurani rakyat malaysia dari pelbagai aspek. Namun atas kesedaran yang membuak ideologi perlu diteruskan.Kesedaran untuk berjuang adalah penting untuk berjaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)