Saturday, October 17, 2009
Kuliah Semester Bermula
Bermula pada 9/10 sehingga akhir Disember kuliah sarja akan bermula. Untuk semester ini kuliah Kajian Terjemahan akan disampaikan oleh Dr. Syarifah Fazliyaton dan Analisis Wacana akan disampaikan oleh Cik Rohizah. Kedua-duanya dari UUM. Sebelum ini kami telah menghadiri kolokium di UUM sintok Kedah. Kuliah pada kali ini agak berat sedikit kerana terdapat unsur-unsur baru yang tidak terdapat dalam kursus peringkat sarjana muda dulu. Namun demi memburu ilmu kami akan meneruskan sehingga ketitisan darah terakhir. Diharapkan semua rakan akan teruskan perjuangan," Jika takut menanggung risiko usah bicara soal perjuangan.
Monday, October 5, 2009
Kolokium bahasa di UUM
Bertempat di Dewan Gugusan FTM kolokiam bahasa telah diadakan pada 3 Oktober 2009. Antara pembentang ketas kerja tersebut ialah Dr. Munif Zarirrudin dengan tajuk ' Penulisan Ilmiah Meluaskan Kepustakaan Melayu' , Prof Madya Dr. Hasnah Ibrahim 'Menajam Kalam: Srategi Penulisan Berkesan dan Dr. Isha Awang- ' Pentataksiran Pembelajaran Berkesan' dari Bidang Pengajian Pendidikan UUM.
Kami telah bertolak secara berkonvoi dari Kota Bharu. Kami di tempatkan di Kampus Al- Bukhari secara berkumpulan. Terdapat juga sebilangan peserta yang tinggal di hotel berhampiran kerana agak kurang selesa. Walau bagaimanapun kolokium itu berjaya dilaksanakan.
Kebetulan kolokium ini diadakan sempena majlis konvo ke-22 dan kami dapat merasai suasa tersebut buat kali kedua walaupun tidak memakai jubah. Insyaallah tahun depan kami dapat merasai suasana yang realistik. Memandangkan kolokium ini diadakan pada bulan syawal penganjur sempat mengadakan sambutan hari raya dan kami dapat berkenal-kenalan antara pelajar sarjana KB dengan sarjana UUM di samping pensyarah yang telah memberikan ilmu dan yang akan memberikan ilmu.
Keesokan harinya kami terpaksa menajalankan rutin kami. Walaupun dalam keadaan letih kami merasa teruja demi memburu ilmu.

Subscribe to:
Posts (Atom)