Monday, February 20, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 2012 SMKTPR


Pada 18 Februari 2012 bertempat di padang SMKTPR sambutan mualidur rasul peringkat sekoalh diadakan. Antara program yang diadakan ialah ceramah perjuangan rasullah swa dalam syiar Islam. Selain itu diaadaakan kuiz spontan. Acara kemuncak ialaah perarakan sekitar kawasam sekolah sejauh 2 km. Turit serta dalaam peraarakan tersebut ialaah Tn. Pengetua. Tn Hj Wan Ismail W Yusoff beserta guru-guru.
Pertandingan melukis sepanduk juga diadakan sehari sebelum perarakan bermula mengikut kategori unit beruniform. Dalam pertandingan tersebut lukisan ssepaanduk berdasarkan kreativi masing-masing.Unit Bulan Sabit Merah mendapat tempat pertama, dikuti kadet polis dan pasukan pengakap. Walaupun agak keletihan namun keceeriaan terserlah dengan aktiiviti yang menarik. Sebelum bersurai pelajar dihidangkan nasi bungkus dan minuman. sambutan tamat pada jam 12.30 tengah hari.

Friday, February 3, 2012

Ulasan Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional Sesuatu Rekonstruksi : Cabaran kepada Pengkaji.


Ulasan Jurnal Karya : Zalila Sharif

Bagi mengulas tentang buku ini adalah lebih baik apabila kita melihat sastera Melayu dalam sastera antarabangsa.V.Y Braginsky telah mengakui bahawa dunia Timur dan kearifan Timur yang merupakan ciri istimewa dalam zaman pencerahan. Ini telah diikuti oleh pengkaji seperti W. Mardsen (1830, 1876), J. Crawfurd (1820), J Leyden (1808, 1821) dan T.S Raffles (1817, 1835). Perkembangan ini membuktikan bahawa khazanah Melayu menyimpan ilmu yang sangat penting sejajar dengan Zaman Pencerahan (1660-1770).

Kegiatan pemugaran sastera Melayu berterusan sehingga abad ke -19 oleh pengkaji pelbagai negara seperti W. Maxwell, S.O. Blagden (Inggeria), W.G Shellabear (Amerika), F Dulaurier (Perancis) dan lain-lain lagi. Menurut beliau pada tahun-tahun terakhir abad ke -19 telah muncul banyak hasil kajian yang dijalankan oleh pengkaji Eropah, Indonesia dan Malaysia tetapi semuanya itu merupakan ulangan konsep dan fakta yang dikemukakan oleh Winsterd dalam bukunya. Bertolak dari pernyataan masalah tersebut, Bragibsky telah menyusun sejarah sastera Melayu yang menuntut penyelesaian masalah teori tentang prinsip yang mengorganisasikan proses perkembangan sastera sesuatu perkembangan yang utuh.

Terdapat pendapat umum yang mengatakan bahawa kesusasteraan Melayu tradisional tidak mendapat perhatian. Kalau adapun hanya usaha orang perseorangan badan berwajib seperti Dewan Bahasa dan Pustaka yang berjaya menggabung tenaga dan pemikiran sarjana Melayu atau sarjana tempatan seperti Teuku Iskandar atau Liaw Yock Fang. Kenyataan yang lain termasuklah naskah Melayu klasik merupakan cabang sastera yang sekadar kemelayuannya sangat rendah disebabkan pengaruh asing seperti pengaruh Jawa, Hindu, Arab dan Farsi. Sastera Melayu tradisional telah hilang kepentingannya pada zaman moden Asia Tenggara.. Jika dilihat dari aspek sejarah memang kita akui kurangnya bahan bertulis yang dapat dijadikan bahan rujukan. Akan tetapi sejak-akhir-akhir ini karya-karya Melayu tradisional menjadi rujukan kepada persoalan pembinaan negara bangsa peradaban bangsa, jati diri dan persoalan moral.

Sejarah Melayu yang diusahakan oleh Braginsky amat besar sumbangannya kepada kesusasteraan Melayu tradisional. Beliau berjaya memperlihatkan sejarah sastera Melayu mempunyai sejarah yang panjang dan pelbagai warna dan menakjubkan. Braginsky berpendapat sastera bertulis Zaman Pertengahan semacam bangunan atas (superstruktur) atas faundationnya iaitu tradisi folklore atau sastera lisan. Bangsa-bangsa kuno seperti Mon, Khemer, Cam tidak menyimpan warisan sastera dari zaman puncak kemegahan budaya dan kejayaan negara mereka.

Bagi tujuan kajian, beliau menggunakan dua data utama dari segi pengubahannya iaitu Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-Raja Pasai. Kajian beliau mendapati bahawa sebahagian besar data sastera dalam karya-karya itu adalah sama kecuali Hikayat Raja-Raja Pasai yang memerikan penerangan tentang sastera secara tidak langsung, iaitu tanpa merujuk judul karya. Sebaliknya Sejarah Melayu pula sentiasa memperlihatkan pengenalan itu secara langsung dan menyebut bahawa Hikayat Raja-Raja Pasai menandai permulaan tempoh tersebut dan Sejarah Melayu mengabdikan akhir zaman sastera Islam awal.

Genre kedua ialah babak sejarah yang bertujuan untuk memberikan ketegasan tentang darjat kebangsawanan dan memberikan pengesahan dinasti Melayu. Karya seperti ini dipenuhi dengan metos yang bertindan lapis dengan epos India, Jawa dan lagenda Islam. Tempoh seterusnya ialah zaman klasik dalam perkembangan sastera Melayu. Teras tempoh masih agama iaitu Islam.

Selepas memberikan definisi tentang zaman klasik Braginsky mengemukakan dua permasalahan utama yang dihadapi beliau. Pertama adalah sukar dan mustahil untuk melakukan rekonstruksi gambaran sastera Melayu dalam tempoh tersebut secara menyeluruh dan menyakinkan. Kajian Braginsky ini membuka satu lagi ruang kajian kelompok yang perlu diambil kira dan beliau mencadangkan supaya kajian dijalankan dengan menggunakan teori estatik Arab dan Farsi.

Berdasarkan penelitian beliau sastera Melayu klasik mempunyai sistem hieraki yang terdiri daripada tiga peringkat :

i Lingkup keindahan: Karya yang indah sehingga dapat memulihkan keharmonian dalam jiwa pembaca yang tertekan. Karya yang termasuk dalam peringkat ini ialah hikayat percintaan, syair romantis dan sebagainya.

ii. Lingkup faedah : Karya yang dihasilkan mampu menguatkan dan menyempurnakan akal dengan faedah. Karya peringkat ini termasklah hikayat berbingkai, dan karya sejarah.

iii. Lingkup kesempurnaan rohani : Karya yang mampu menyempurnakan pengetahuan pembaca tentang al-Khalik dan Islam. Karya peringkat ini termasuklah kitab, riwayat hidup orang suci dan sebagainya.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya pendekatan yang diambil oleh beliau bukanlah sesuatu yang mudah kerana kajian yang dijalankan oleh beliau secara bersendirian ini sudah pasti memerlukan pengetahuan yang mendalam, pembacaan yang luas tanpa batasan, kajian demi kajian serta saringan yang kemas supaya data-data yang diperlukan dan berkaitan sahaja diperoleh. Lapisan penelitian dan dapatan ini sudah tentu juga melibatkan lapisan kajian yang sudah pasti berganda. Karya ini akan lebih bermakna jika dapat diwajarkan dari segi bahasa dengan keperluan kita di negara ini jika buku ini ingin diterbitkan dalam bahasa Melayu. Walaupun para sarjana kita telah banyak menghasilkan karya yang berbentuk sejarah sastera, bilangan ini masih belum dapat memenuhi lompang sejarah sastera Melayu.

Bibliografi

Liaw Yock Fang.(1970). Ikhtiar Kritikan Sastera. Singapura: Pustaka Nasional.

VY. Braginsky.(1975). Some Remarks on the Structure of the syair perahu by Hamzah Fansuri dlm. HKI: 4 hal 407-426.

Zalila Sharif.(1993). Kesusasteraan Melayu tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka