Tarikh keramat pada tanggal 31/10/ jam 3 petang bertempat di Dewan Percubaan UUM telah berlangsung pengurniaan sarjana Bahasa Melayu Kontemporari. Hujanrenyai-renyai dan kadang kala lebat bermula awal pengurniaan hinggalah tamat mengiringi majlis ini. Setalah hampir dua tahun mentelaah buku dan membuat kajian hasilnya telah dibuktikan dalam majlis tersebut. Terima kasih diucapkan kepada ahli keluarga, rakan seperjuangan dan para pensyarah.
Wednesday, November 17, 2010
31/10/2010

Monday, July 5, 2010
Setelah bertungkus lumus selama 20 bulan, kini usaha ini telah diterjemahkan setelah meneliti keputusan peperiksaan sarjana bahasa Melayu di UUM. Berdasarkan keputusan tersebut nak kata cemerlang tidak juga hanya kekadar kepujian. Terima kasih diucapkan kepada para pensyaah yang bertungkus lumus dalam memberikan pengajaran walaupun menghadapi pelbagai dugaan.
Insyallah jika tidak ada aral melintang pada 22-23 Oktober nanti kami akan menaiki pentas untuk menerima ijazah sarjana di UUM Sintok.
Pada 5/7/2010 satu pembedahan untuk menghilangkan ketunbuhan di lengan telah dilakukan di Hospital Sultanah Zainab 2 Kota Bahru Kelantan. Terima kasih diucapkan kepada petugas di Dewan Bedah Fairus. Kakitangan yang "frendly" memberikan semangat tanpa rasa kerisauan. Maklumkah melakukan pembedahan.

Thursday, December 24, 2009
Pada 19 Disember 2009 telah diadakan peperiksaan semester. Kali ini peperiksaan amat sukar untuk dilalui. Demi perjuangan terpaksa diteruskan. Ingat pesan tokoh jika takut penanggung resiko usah bicara perjuagan. Walaupun menghadapi kekangan masa yang ketat iaitu menyiapkan tugasan menanda kertas SPM, mengawas peperiksaan kami telah lakui dengan tenang. Terima kasih kepada rakan seperjuangan, para pensyarah dan tidak juga ketinggalan keluarga tercinta yang banyak berkorban.
Cuti sekolah yang panjang tidak bermakna bagi kami. Tiada ruang masa untuk beriadah. Insyallah akan mendapat hasil pada pertengahan Jualai 2010 nanti.
Cuti sekolah yang panjang tidak bermakna bagi kami. Tiada ruang masa untuk beriadah. Insyallah akan mendapat hasil pada pertengahan Jualai 2010 nanti.
Saturday, October 17, 2009
Kuliah Semester Bermula
Bermula pada 9/10 sehingga akhir Disember kuliah sarja akan bermula. Untuk semester ini kuliah Kajian Terjemahan akan disampaikan oleh Dr. Syarifah Fazliyaton dan Analisis Wacana akan disampaikan oleh Cik Rohizah. Kedua-duanya dari UUM. Sebelum ini kami telah menghadiri kolokium di UUM sintok Kedah. Kuliah pada kali ini agak berat sedikit kerana terdapat unsur-unsur baru yang tidak terdapat dalam kursus peringkat sarjana muda dulu. Namun demi memburu ilmu kami akan meneruskan sehingga ketitisan darah terakhir. Diharapkan semua rakan akan teruskan perjuangan," Jika takut menanggung risiko usah bicara soal perjuangan.
Monday, October 5, 2009
Kolokium bahasa di UUM
Bertempat di Dewan Gugusan FTM kolokiam bahasa telah diadakan pada 3 Oktober 2009. Antara pembentang ketas kerja tersebut ialah Dr. Munif Zarirrudin dengan tajuk ' Penulisan Ilmiah Meluaskan Kepustakaan Melayu' , Prof Madya Dr. Hasnah Ibrahim 'Menajam Kalam: Srategi Penulisan Berkesan dan Dr. Isha Awang- ' Pentataksiran Pembelajaran Berkesan' dari Bidang Pengajian Pendidikan UUM.
Kami telah bertolak secara berkonvoi dari Kota Bharu. Kami di tempatkan di Kampus Al- Bukhari secara berkumpulan. Terdapat juga sebilangan peserta yang tinggal di hotel berhampiran kerana agak kurang selesa. Walau bagaimanapun kolokium itu berjaya dilaksanakan.
Kebetulan kolokium ini diadakan sempena majlis konvo ke-22 dan kami dapat merasai suasa tersebut buat kali kedua walaupun tidak memakai jubah. Insyaallah tahun depan kami dapat merasai suasana yang realistik. Memandangkan kolokium ini diadakan pada bulan syawal penganjur sempat mengadakan sambutan hari raya dan kami dapat berkenal-kenalan antara pelajar sarjana KB dengan sarjana UUM di samping pensyarah yang telah memberikan ilmu dan yang akan memberikan ilmu.
Keesokan harinya kami terpaksa menajalankan rutin kami. Walaupun dalam keadaan letih kami merasa teruja demi memburu ilmu.

Friday, September 11, 2009
GURINDAM APC
Jika dinilai berdasarkan kroni,
Protes senyap akan menanti.
Jika setahun jagung sudah dapat,
Di belakang nanti orang mengumpat.
Jika dinilai berdasarkan gred,
Takut nanti ada yang menjerit.
Jika dinilai berdasarkan dendam,
Semangat naik mula padam.
Jika dinilai secara sembarangan,
Orang malas nak beri cadangan.
Jika dinilai tidak tepat,
Takut nanti malas nak beri pendapat
Jika dinilai ikut terlintas,
Nanti yang nak dapat, suka kipas.
Jika dinilai berdasarkan lobi,
Berita tersebar di kedai kopi.
Jika dinilai berdasarkan perasaan,
Macam-macam boleh beri alasan,
Aku bekerja dengan ikhlas,
Insyaallah tuhan akan balas.
Jika dinilai berdasakan malu mata,
Di belakang nanti orang mengata
Puas sudah menanam padi,
Nanas juga dipandang orang,
Banyak sudah menabur bakti,
APC juga dikebas orang.
Protes senyap akan menanti.
Jika setahun jagung sudah dapat,
Di belakang nanti orang mengumpat.
Jika dinilai berdasarkan gred,
Takut nanti ada yang menjerit.
Jika dinilai berdasarkan dendam,
Semangat naik mula padam.
Jika dinilai secara sembarangan,
Orang malas nak beri cadangan.
Jika dinilai tidak tepat,
Takut nanti malas nak beri pendapat
Jika dinilai ikut terlintas,
Nanti yang nak dapat, suka kipas.
Jika dinilai berdasarkan lobi,
Berita tersebar di kedai kopi.
Jika dinilai berdasarkan perasaan,
Macam-macam boleh beri alasan,
Aku bekerja dengan ikhlas,
Insyaallah tuhan akan balas.
Jika dinilai berdasakan malu mata,
Di belakang nanti orang mengata
Puas sudah menanam padi,
Nanas juga dipandang orang,
Banyak sudah menabur bakti,
APC juga dikebas orang.
Sunday, September 6, 2009
UJIAN SARJANA
Pada 4 dan 5 September bertempat di Dewan Poly Tech Mara Kota Baharu peserta kohort 1 dan 2 telah menjalani peperiksaan semester. Dalam ujan tersebut para bakal sarjana telah bertungkus lumus memerah otak bagi menjawab soalan yang disediakan. Soalan yang sangat mencabar dan sesuai dengan tahap kesarjanaan mereka.
Diharapkan semua peserta akan memperoleh kejayaan cemerlang. Insyaallah. Kepada para pensyarah luahan ilmu anda sangat-sangat kami hargai.
Diharapkan semua peserta akan memperoleh kejayaan cemerlang. Insyaallah. Kepada para pensyarah luahan ilmu anda sangat-sangat kami hargai.
Subscribe to:
Posts (Atom)